Thursday, April 22, 2010

Wanita Didera

Wanita didera ? Apa dah jadi dengan lelaki, lebih-lebih lagi yang bernama SUAMI, sepatutnya mereka ni menjadi pelindung kepada isteri mereka, tetapi ini sebaliknya. Apa yang membuatkan mereka berbuat demikian ? Hanya kerana kemahuan seks nya tidak dituruti ? Satu alasan yang tidak relevan. Wanita bukan lah patung yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh kaum lelaki. Wanita juga manusia sama dengan kaum lelaki, yang punya hati dan perasaan sendiri. Kepada wanita-wanita di luar sana, ketahui hak anda sendiri. Jangan takut untuk melawan. Jika tidak mampu melawan, dapatkan bantuan dari pihak luar. Jangan biar kan diri anda dibelenggu penderitaan.

No comments:

Post a Comment