Thursday, April 22, 2010

RM1 juta untuk selesa selepas bersara ?

Saya terbaca satu artikel yang mengatakan rakyat Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta untuk hidup selesa selepas bersara. Ada betul juga kenyataan ini, sebab rata-rata pesara kita masih bekerja selepas bersara kerana wang simpanan sendiri dan simpanan KWSP tidak cukup untuk menampung kehidupan seharian, lebih-lebih lagi yang berkeluarga besar. Dikatakan punca kegagalan untuk mempunyai simpanan yang cukup adalah disebabkan oleh tiadanya disiplin menabung dan tiada perancangan kewangan yang baik. Tetapi mampu kah rakyat Malaysia menabung dalam keadaan kos taraf hidup yang semakin meningkat ? Sedangkan peratus kenaikan pendapatan adalah dalam julat yang lebih rendah berbanding inflasi ?

No comments:

Post a Comment