Saturday, April 17, 2010

TRI ARGA TRADING


TRI ARGA TRADING adalah sebuah kedai yang menjual pakaian dan barangan kulit, yang terletak di belakang Puteri Park Hotel, Chow Kit, Kuala Lumpur. Walaupun kedudukan yang bagi saya agak terpencil, tetapi kedai ini mempunyai jumlah pelanggan yang agak ramai dan rata-ratanya adalah 'regular customer'. Husband saya juga merupakan salah seorang 'regular customer' kedai tersebut. Saya difahamkan bahawa kedai tersebut banyak menjual pakaian, kasut, tali-pinggang dan barang-barang lain yang berkaitan dengan aktiviti luar (outdoor acitivity). Harga yang ditawarkan dikatakan juga agak berpatutan, atau dengan kata lain lebih murah jika dibandingkan dengan beberapa tempat lain di sekitar KL dan Selangor. Bagi yang membeli secara pukal, diskaun akan diberikan. Bagi yang berminat, anda boleh lah luangkan masa untuk berkunjung ke tempat tersebut. Siapa tau, impian anda untuk memiliki sesuatu akan termakbul di Tri Arga Trading.

1 comment: