Thursday, April 22, 2010

Bunuh , Bakar Tauke !!!

Ini ada satu cerita di Jitra, seorang pekerja yang sanggup membunuh dan membakar majikannya, seorang penternak ayam, hanya kerana tidak dibayar gaji. Majikan ni memang lah bersalah sebab tidak bayar gaji. Jangan upah orang kalau tidak mampu. Yang pekerja ni pulak, sanggup menggelapkan masa depan sendiri, dah membunuh mesti lah masuk penjara. Kalau saya dalam situasi pekerja ni, memang lah saya akan marah tetapi tidaklah sampai membunuh. Cukuplah setakat ambil ayam-ayam yang ada dan dijual. Dapat juga duit. Bila majikan tu report polis, bagitau jer lah gaji tak dibayar. Habis cerita.

RM1 juta untuk selesa selepas bersara ?

Saya terbaca satu artikel yang mengatakan rakyat Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta untuk hidup selesa selepas bersara. Ada betul juga kenyataan ini, sebab rata-rata pesara kita masih bekerja selepas bersara kerana wang simpanan sendiri dan simpanan KWSP tidak cukup untuk menampung kehidupan seharian, lebih-lebih lagi yang berkeluarga besar. Dikatakan punca kegagalan untuk mempunyai simpanan yang cukup adalah disebabkan oleh tiadanya disiplin menabung dan tiada perancangan kewangan yang baik. Tetapi mampu kah rakyat Malaysia menabung dalam keadaan kos taraf hidup yang semakin meningkat ? Sedangkan peratus kenaikan pendapatan adalah dalam julat yang lebih rendah berbanding inflasi ?

Wanita Didera

Wanita didera ? Apa dah jadi dengan lelaki, lebih-lebih lagi yang bernama SUAMI, sepatutnya mereka ni menjadi pelindung kepada isteri mereka, tetapi ini sebaliknya. Apa yang membuatkan mereka berbuat demikian ? Hanya kerana kemahuan seks nya tidak dituruti ? Satu alasan yang tidak relevan. Wanita bukan lah patung yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh kaum lelaki. Wanita juga manusia sama dengan kaum lelaki, yang punya hati dan perasaan sendiri. Kepada wanita-wanita di luar sana, ketahui hak anda sendiri. Jangan takut untuk melawan. Jika tidak mampu melawan, dapatkan bantuan dari pihak luar. Jangan biar kan diri anda dibelenggu penderitaan.

Saturday, April 17, 2010

Achik Spin Meninggal Dunia

Berita dari Kosmo Online

17/04/2010 8:42pm

SEREMBAN – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan

Bayar RM2,700 masuk UiTM ?

Macam-macam jenis sindiket yang ada sekarang. Terbaru, wujud sindiket yang mendakwa kononnya mereka adalah ejen kutip bayaran bagi institusi pengajian tinggi. Artikel yang saya baca dalam suratkhabar Kosmo ini betul-betul membuka minda saya bahawa orang zaman sekarang sanggup buat apa sahaja untuk kesenangan diri sendiri. Kita jangan mudah percaya, sila selidik dulu sebelum membuat keputusan, lebih-lebih jika ia membabitkan DUIT. Simpati dengan pihak yang terpedaya. Duit lesap. Nasib anak pula tidak tentu, sama ada dapat masuk IPT atau tidak.

PERSONAL TAX FILING

Be reminded everyone, 30th April is the last day of our personal tax filing for those with no business income. Don't wait til last minute.

TRI ARGA TRADING


TRI ARGA TRADING adalah sebuah kedai yang menjual pakaian dan barangan kulit, yang terletak di belakang Puteri Park Hotel, Chow Kit, Kuala Lumpur. Walaupun kedudukan yang bagi saya agak terpencil, tetapi kedai ini mempunyai jumlah pelanggan yang agak ramai dan rata-ratanya adalah 'regular customer'. Husband saya juga merupakan salah seorang 'regular customer' kedai tersebut. Saya difahamkan bahawa kedai tersebut banyak menjual pakaian, kasut, tali-pinggang dan barang-barang lain yang berkaitan dengan aktiviti luar (outdoor acitivity). Harga yang ditawarkan dikatakan juga agak berpatutan, atau dengan kata lain lebih murah jika dibandingkan dengan beberapa tempat lain di sekitar KL dan Selangor. Bagi yang membeli secara pukal, diskaun akan diberikan. Bagi yang berminat, anda boleh lah luangkan masa untuk berkunjung ke tempat tersebut. Siapa tau, impian anda untuk memiliki sesuatu akan termakbul di Tri Arga Trading.

Thursday, April 15, 2010

Me & Myself

Finally, I had created my own blog. I am still new with this application and still learning about it. Will update my blog from time to time. :-)